Thursday, February 23, 2017

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SK KAHANG 2017

Pada 23 Februari 2017 telah berlangsungnya acara balapan dan padang peringkat sekolah kebangsaan Kahang. Acara telah berlangsung dipadang sekolah bermula jam 8 pagi dan tamat pada pukul 1 tengah hari. Acara ini disertai oleh 4 buah rumah sukan iaitu rumah kuning , rumah hijau , rumah biru dan juga rumah merah.
Acara ini telah dirasmikan oleh
Timbalan Ketua UMNO bahagian sembrong, Dato' Abd Ghani bin Abd Rashid.
Rumah Hijau telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan pada kejohanan kali ini.

Sunday, February 5, 2017

PERASMIAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH DAN TABUNG ADUAN

MAJLIS PERASMIAN JOM KESEKOLAH DAN PELANCARAN TABUNG ADUAN 2017

Pada 5 Februari 2017 telah berlangsung majlis perasmian program JOM KESEKOLAH dan PELANCARAN TABUNG ADUAN 2017 di dataran perhimpunan SK Kahang.
Majlis ini telah disertai oleh seluruh warga SK Kahang.
Majlis ini juga telah dirasmikan oleh Koperal Suhaila daripada Balai Polis Kahang.
Objektif program ini adalah untuk menarik minat para pelajar untuk hadir ke sekolah
dan mewujudkan tabung aduan untuk berkongsi sebarang masalah dari pihak ibubapa dan murid.